Menu Close

Mula berjinak di dalam alam perniagaan semenjak kecil lagi, beliau Baharudin bin Arshad (Pengasas Dinkopi sdn bhd)  tidak lagi menyambung alam persekolahannya disebabkan masalah ekonomi keluarga. Bermodalkan motosikal jenis B.S.A, (Birmingham Small Arms) beliau menolong bapanya iaitu Allahyarham Haji Arshad bin Kulop Mohd, (pengasas kopi Arshad) menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara bergerak dari rumah ke rumah menggunakan motosikal tersebut pada tahun 1950-an.


Pada tahun 1975, hasil usaha Allahyarham Haji Arshad hampir 35 tahun. Beliau telah berjaya membeli sebuah lot rumah kedai beralamat di No 9, Taman Greenwood untuk dijadikan sebagai kilang memproses kopi. Sebagai mengenang jasa motosikal tersebut, Allahyarham telah mengabadikan motosikal B.S.A di atas bumbung rumah kedai dan menjadikan motosikal tersebut sebagai logo cap dagang produk kopi “Arshad”.


Namun pada tahun 1988, operasi kilang tersebut terpaksa berpindah ke sebuah lot tanah persendirian di Kampung Tengah Batu 6, Gombak diatas sebab isu pembandaran.  Hasil jualan lot rumah kedai di Taman Greenwood tersebut telah digunakan untuk membeli sebuah bangunan empat tingkat beralamat di No 1, Jalan SG 3/1, Pusat Bandar Seri Gombak yang berfungsi sebagai pejabat urusan pihak syarikat.


Tahun 1996, Allahyarham Haji Arsat bin Kulop Mohd telah kembali ke rahmatullah dan segala urusan perniagan diambil-alih oleh Baharudin bin Arsat. Namun, diatas  sebab masalah yang tidak dapat dielakkan, Dinkopi Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2000 untuk membolehkan produk keluaran kopi Arshad terus berada di dalam pasaran. Kini, Dinkopi Sdn Bhd beroperasi sepenuhnya di sebuah tapak industri berkeluasan 1300 meter persegi di Sungai Bakau mukim Rawang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia.